CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 01, 2013


Kaedah KODALY Dalam PEMBELAJARAN MUZIK

Kaedah Kodaly (1882-1967) adalah satu paradigma pendidikan
muzik yang menggunakan aktiviti nyanyian dan keupayaan
pendengaran dalaman oleh kanak-kanak. Kodaly menyarankan
penggunaan lagu-lagu rakyat / tempatan menggunakan bahasa
ibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya. Beliau tidak
menggunakan sistem gred seperti yang sering digunakan
dalam kaedah pengajaran piano atau alat muzik lain.


Sasaran kaedah Kodaly ialah untuk membantu kanak-kanak
dalam literasi muzik. Ini dilakukan dengan penggunaan
beberapa pendekatan yang berpusatkan kanak-kanak itu
sendiri, iaitu penggunaan latihan irama, latihan nyanyian solfa,
latihan bacaan semerta, latihan mendengar, menulis, membuat persembahan dan mencipta
muzik. Kemahiran literasi muzikal turut dibina melalui pengalaman latihan aural dan
pengalaman ingatan visual.



Menurut Kodaly, terdapat tiga turutan konsep dalam pembelajaran literasi bahasa, iaitu (1)
Peringkat AURAL : kanak-kanak mula belajar menghasilkan bunyi dan ton semasa mereka
bercakap (dalam kemahiran berbahasa). (2) Peringkat MENULIS : Setiap kali satu
perkataan difahami, perkataan dan pic boleh ditranskripsikan melalui penulisan atau
perlambangan. (3) Peringkat MEMBACA : Kanak-kanak membina keupayaan membaca. Ketiga-tiga peringkat ini juga turut digunakan dalam kaedah Kodaly.

Kunci asas dalam kaedah Kodaly ialah penggunaan ekspresi tubuh dalam muzik.
Seterusnya, tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan menggunakan hujung kaki
(step) untuk menandakan detik muzik. Mereka juga diajar bagaimana untuk menepuk irama
daripada sukukata, dan berfikir (membayangkan) sukukata semasa menepuk irama.

No comments:

Post a Comment