CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Info Muzik

Kaedah KODALY Dalam PEMBELAJARAN MUZIK

Kaedah Kodlay

Kaedah Kodaly (1882-1967) adalah satu paradigma pendidikan muzik yang menggunakan aktiviti nyanyian dan keupayaan pendengaran dalaman oleh kanak-kanak. Kodaly menyarankan penggunaan lagu-lagu rakyat / tempatan menggunakan bahasa ibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya. Beliau tidak menggunakan sistem gred seperti yang sering digunakandalam kaedah pengajaran piano atau alat muzik lain.


Sasaran kaedah Kodaly ialah untuk membantu kanak-kanak dalam literasi muzik. Ini dilakukan dengan penggunaan beberapa pendekatan yang berpusatkan kanak-kanak itu sendiri, iaitu penggunaan latihan irama, latihan nyanyian solfa, latihan bacaan semerta, latihan mendengar, menulis, membuat persembahan dan mencipta muzik. Kemahiran literasi muzikal turut dibina melalui pengalaman latihan aural dan pengalaman ingatan visual. Menurut Kodaly, terdapat tiga turutan konsep dalam pembelajaran literasi bahasa, iaitu:

(1)  Peringkat AURAL : kanak-kanak mula belajar menghasilkan bunyi dan ton semasa mereka bercakap (dalam kemahiran berbahasa). 

(2) Peringkat MENULIS : Setiap kali satu perkataan difahami, perkataan dan pic boleh ditranskripsikan melalui penulisan atau perlambangan. 

(3) Peringkat MEMBACA : Kanak-kanak membina keupayaan membaca. Ketiga-tiga peringkat ini juga turut digunakan dalam kaedah Kodaly.

Kunci asas dalam kaedah Kodaly ialah penggunaan ekspresi tubuh dalam muzik. Seterusnya, tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan menggunakan hujung kaki (step) untuk menandakan detik muzik. Mereka juga diajar bagaimana untuk menepuk irama daripada sukukata, dan berfikir (membayangkan) sukukata semasa menepuk irama.





ISYARAT TANGAN SOLFA

Jom kita cuba buat sama-sama..........









KAEDAH MENGAJAR LAGU

Jom ajar nyanyi....


Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah-kaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning). Melalui kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. Daya penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural (aural memory) murid. Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah: 
a) Kaedah keseluruhan lagu 
b) Kaedah baris demi baris 
c) Kaedah solfege 

Kaedah keseluruhan lagu Sesuai untuk mengajar lagu pendek. Langkah-langkah: 
a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya. 
b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan tanpa iringan muzik. 
c) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atau sebutan vokal a,e,i,o,u) berulang-ulang. 
d) Mengikut guru menyanyi lirik lagu secara keseluruhannya. 
e) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik. 

Kaedah baris demi baris Kaedah ini sesuai untuk lagu yang  panjang dan melibatkan pengajaran lagu secara bahagian demi bahagian atau frasa, kemudiannya diikuti dengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir, dan menyanyi keseluruhan lagu. Langkah-langkah: 
a) Memperdengar keseluruhan lagu. 
b) Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming. 
c) Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara humming baris demi baris. 
d) Mengikut guru menyanyi lirik baris demi bar is. 
e) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu tanpa iringan muzik. 
f) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik. 

Kaedah Solfege dengan isyarat tangan. Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan rote dan bacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d’) digunakan sebagai sebutan pic. Kaedah ini digunakan untuk sistem ‘do’ bergerak (movable ‘do’) yang mana pic ‘do’ bergantung kepada nada lagu. Misalnya dalam nada C major-minor, pic ‘do’ ialah not C. Manakala bagi nada D major-minor, pic ‘do’ ialah not D. Isyarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantu pengajaran secara solfege. Kedua-dua sebutan syllable dan isyarat tangan membantu perkembangan inner-hearing sambil melihat notasi muzik. Salah satu turutan dalam mempelajari solfa adalah seperti berikut: 
- so mi - 
- la so mi -
- la so mi re -
- la so mi re do -
- la so mi re do la - 
- la so mi re do la so -
- la so fa mi re do -
- ti la so fa mi re do -
- do` ti la so fa mi re do -
- do re mi fa so la ti do` -





ELECTRIC GUITARS


Electric Guitars were formed early in 1980 by Neil Davenport (vocals, lyrics) and Richard Hall (bass, vocals) who were both studying English at Bristol University. The band soon increased to a five-man line-up, with Andy Saunders (guitar, vocals), Matt Salt (drums) and Dick Truscott (keyboards), they also later added two backing singers: Sara and Wendy. Their first single "Health" / "Continental Shelf" was released on local label Fried Egg Records in 1980.
They contributed four live tracks to the first edition of the The Bristol Recorder in 1980, and in 1981 released their second single "Work" / "Don’t Wake the Baby" on Recreational Records, which reached #45 on the UK Indie Chart.[1] They toured as support to The Thompson Twins, which brought them to the attention of Stiff Records, who promptly signed them up. The band's first single for Stiff was "Language Problems" in 1982, and this was followed by an EP in the same year, from which Toni Basil recorded "Beat Me Hollow" for her TV special.[2] Bert Muirhead in his 1982 book about Stiff Records, said about the band, “The combination of Stiff, Martin Rushent and Worldchief Management (OMITD etc) seems unstoppable. They will undoubtedly be very big in the mid 1980’s.”[3] However, after the "Wolfman Tap" single on Naive Records, they disbanded in August 1983.

No comments:

Post a Comment