CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 23, 2013

Pulau Pinang dan Boria

Warisan Boria : Sejarah Boria






Latar Belakang Sejarah :Boria adalah sejenis teater tradisi yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi Suffian. Dibawa oleh tentera British berfahaman Syiah dari India ke Pulau Pinang seawal abad ke-19.
Pada mulanya sebagaimana amalan Syiah, mereka melahirkan kedukaan di atas peristiwa tersebut dengan menyeksa diri sendiri. Namun, perubahan masa dan sekatan terhadap penyebaran pemahaman Syiah  menyebabkan boria mengambil bentuk baru.

Menjadi wadah hiburan menggabungkan lakonan/sketsa, tarian (para sailor) dan nyanyian rangkap bersyair diketuai seorang penyanyi yang dikenali sebagai Tukang Karang. Peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan boria tidaklah begitu khusus. Aspek yang penting ialah keupayaan para pemuzik untuk membawa irama yang dapat mengiringi nyanyian tukang karang. Lantaran itulah kadang-kadang alat muzik yang digunakan hanyalah gendang dan violin. Walau bagaimanapun, seandainya lebih banyak alat muzik yang dapat digunakan semakin menarik persembahan tersebut. Di antara alat muzik yang sering digunakan ialah violin, gambus, marwas, tabla, simbal, gendang, akordion, harmonika dan lain-lain.

Hubungan di antara pakaian, muzik, dialog dengan cerita yang dimainkan hendaklah sesuai, jika cerita Arab maka pakaian yang digunakan adalah ala Arab. Begitu juga dengan muzik dan tarian yang dimainkan juga mirip bentuk Arab termasuklah bahasa yang digunakan pun telor Arab. Sketsanya banyak unsur nasihat berdasarkan isu semasa/isu keluarga dalam mengharungi kehidupan seharian.

Jom Mengajar

KAEDAH MENGAJAR LAGU

Jom ajar nyanyi....

Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah-kaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning). Melalui kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. Daya penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural (aural memory) murid. Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah: 
a) Kaedah keseluruhan lagu 
b) Kaedah baris demi baris 
c) Kaedah solfege 

Kaedah keseluruhan lagu Sesuai untuk mengajar lagu pendek. Langkah-langkah: 
a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya. 
b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan tanpa iringan muzik. 
c) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atau sebutan vokal a,e,i,o,u) berulang-ulang. 
d) Mengikut guru menyanyi lirik lagu secara keseluruhannya. 
e) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik. 

Kaedah baris demi baris Kaedah ini sesuai untuk lagu yang  panjang dan melibatkan pengajaran lagu secara bahagian demi bahagian atau frasa, kemudiannya diikuti dengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir, dan menyanyi keseluruhan lagu. Langkah-langkah: 
a) Memperdengar keseluruhan lagu. 
b) Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming. 
c) Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara humming baris demi baris. 
d) Mengikut guru menyanyi lirik baris demi bar is. 
e) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu tanpa iringan muzik. 
f) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik. 

Kaedah Solfege dengan isyarat tangan. Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan rote dan bacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d’) digunakan sebagai sebutan pic. Kaedah ini digunakan untuk sistem ‘do’ bergerak (movable ‘do’) yang mana pic ‘do’ bergantung kepada nada lagu. Misalnya dalam nada C major-minor, pic ‘do’ ialah not C. Manakala bagi nada D major-minor, pic ‘do’ ialah not D. Isyarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantu pengajaran secara solfege. Kedua-dua sebutan syllable dan isyarat tangan membantu perkembangan inner-hearing sambil melihat notasi muzik. Salah satu turutan dalam mempelajari solfa adalah seperti berikut: 
- so mi - 
- la so mi -
- la so mi re -
- la so mi re do -
- la so mi re do la - 
- la so mi re do la so -
- la so fa mi re do -
- ti la so fa mi re do -
- do` ti la so fa mi re do -
- do re mi fa so la ti do` -

Jangan jadi macam bangau

LIRIK LAGU BANGAU OH BANGAU

Lirik Lagu Bangau Oh Bangau

Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul
Ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak timbul?
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang?
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut aku sakit.
Perut oh perut,
Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Makan nasi mentah.
Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah
Api tak mahu menyala
Api tak mahu menyala.

Api oh api,
Kenapa engkau tak mahu menyala?
Macam mana aku nak menyala
Kayu api basah
Kayu api basah.
Kayu oh kayu,
Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan timpa aku.
Hujan oh hujan,
Kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak panggil aku.
Katak oh katak
Kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular nak makan aku.
Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan,
Memang makanan aku
Memang makanan aku.


Masyarakat Cina dan Tarian Singa


Tarian singa

Tarian Singa (bahasa Cina: pinyin) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalamadat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gongdram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.


lion-dance-2
SEJARAH
 Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China,TaiwanJepunKoreaThailand, danVietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".
Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merahjingga dankuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.