CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 10, 2013

Andai dipisah irama dan lagu......

          Kecintaan saya pada seni dan muzik telah bermula sewaktu kecil lagi malah minat itu terus digarap dan digilap menjadikan saya lebih menghargai seni dan muzik. Pada saya dua elemen begitu selari dengan kehidupan seharian kita. Antara terapi jiwa yang berkesan bagi menghilangkan tekanan, kemurungan serta kerungsingan. Tidak kira genre mana sekalipun pilihan hati, pastinya ada keistemewaannya sendiri.

Saturday, February 09, 2013

Segalanya bermula di sini...

Sedetik terkenang sedekat merindu.....

Tuai padi antara  masak,
       Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
         Esok jangan rindu-rinduan.

          Sebagai insan yang bergelar pendidik, perpisahan adalah sesuatu yang pasti dan hampir dengan kita. Bermula dengan melihat perkembangan anak-anak didik dari sudut fizikal hingglah meneroka ke alam mental, emosi, jasmani serta sahsiah mereka, dari kosong hinggalah ke infiniti, dari anak-anak yang comel dan keletah, membesar menjadi teruna dan dara pujaan. Tibalah saat memilukan apabila mereka perlu mengorak melangkah menuju ke hadapan dan kita masih di sini, setia meneruskan perjuangan.

          Tidak pernah mengeluh jauh sekali menyesali bebanan tugas yang dipikul, kitalah yang mengasuh, menggarap dan mendidik mereka dari hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah hinggalah ke hari terakhir mereka meniggalkan kita di sekolah, banyak suka duka, pahit gertir, onak duri yang kita lalui bagi memastikan anak-anak didik kita tidak menjadi sebahagian daripada golongan keciciran. 

          Anak-anak didik ku, keluarlah dari kepompongmu menjadi sang rerama indah penuh warna ceria menari dengan gerak gemalai tegas bekarisma. Menjadi insan yang sama tara timbangannya ilmu dunia dan bekal ke sana, agar hasil tuaian gurumu bukan antah kosong yang sia-sia tapi begitu bermakna dan berguna pada agama, nusa dan bangsamu. Doaku sentiasa di hati untuk mu anak-anak didikku di mana jua kamu berada kerana diri ini  adalah pendidikmu dan akulah jualah ibumu....